Musa angkat sumpah Ketua Menteri Sabah

202

KOTA KINABALU: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Tan Sri Musa Aman mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri di Istana Negeri, di sini, malam ini.

Musa, 67, yang menjadi Ketua Menteri sejak tahun 2003 menyempurnakan upacara angkat itu pada jam 11.05 malam di hadapan Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin.

Petang tadi, selepas mengadap Yang di-Pertua Negeri, Musa memaklumkan beliau akan mengangkat sumpah jam 8.30 malam ini.

Musa sebelum itu memberitahu, semua 29 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN bekerjasama dengan dua ADUN STAR bagi membentuk kerajaan negeri dengan majoriti mudah menerusi 31 daripada 60 kerusi DUN.

Tengah hari tadi, Parti Warisan Sabah (WARISAN) bersama PKR dan DAP dilaporkan akan menubuhkan kerajaan selepas Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) mengumumkan keluar BN dan membawa lima ADUN untuk menyertai pakatan berkenaan.

Bagaimanapun, lima ADUN terbabit iaitu Datuk Abidin Madingkir (Paginatan), Ewon Benedick (Kadamaian), Datuk Bobbey Ah Fang Suan (Nabawan), Datuk Limus Jury (Kuala Penyu) dan Datuk Masiung Banah (Kuamut) menyatakan pendirian kekal dalam BN.

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments