Majlis Tertinggi Presiden PH bincang bentuk Kabinet

137

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, tiba di Yayasan Al-Bukhary di sini bagi mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi Presiden Pakatan Harapan (PH) kira-kira 9.35 pagi ini.

Menyusul tiba, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan anaknya yang juga Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.

Yang turut hadir, Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Mohamad Sabu; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; Setiausaha Organisasi Nasional DAP, Anthony Loke dan Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution.

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak hadir kerana difahamkan kini menghadap Sultan Johor bagi pelantikan Menteri Besar Johor.

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

comments