BN Perak peroleh majoriti DUN, akan menghadap Sultan Nazrin

11327

IPOH: Barisan Nasional (BN) Perak mengumumkan telah mempunyai jumlah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) mencukupi bagi membentuk kerajaan negeri Perak.

Pengerusinya, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata beliau akan menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bagi memaklumkan perkara tersebut.

“Justeru, saya akan memohon untuk menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bagi menyembah maklum akan kedudukan terkini dan mendapatkan perkenan ke bawah Duli Tuanku untuk membolehkan kerajaan negeri Perak bagi Penggal Ke-14 dibentuk sesuai dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak,” katanya.

Teks tersebut dibacakan Pengarah Komunikasi dan Media, Pejabat Menteri Besar Perak, Nizammuddin Mat Isa dalam satu sidang media, di sini.

Bagaimanapun, tiada sebarang sesi soal jawab dibuka kepada media selain beliau tidak menyatakan jumlah kerusi majoriti yang diperoleh.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), BN memperoleh 27 kerusi DUN manakala beberapa parti yang bertanding di bawah tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula memperoleh 29 kerusi dan Parti Islam SeMalaysia (Pas) memperoleh tiga kerusi.

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments