Serangan BOTS punca panggilan spam

44

 

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengesahkan gangguan panggilan spam diterima beberapa pemimpin politik sejak awal pagi tadi berpunca daripada serangan siber (BOTS).

SKMM dalam satu kenyataan berkata serangan BOTS itu dilakukan oleh pihak tidak dikenali dari pelbagai sumber yang menyasarkan beberapa parti politik tanah air.

“SKMM menerima beberapa aduan hari ini berhubung panggilan telefon yang kemudiannya dimatikan. Gangguan ini dialami secara berterusan oleh semua parti.

“Kami menggesa pihak berkenaan supaya segera menghentikan serangan teknikal itu kerana ia mengganggu rangkaian telekomunikasi yang bukan saja menyebabkan ketidakselesaan orang ramai, malah menjejaskan keselamatan,” kata agensi itu.

Sehubungan itu SKMM menasihatkan pihak yang menerima panggilan daripada nombor yang tidak dikenali supaya tidak menjawabnya.

“SKMM serta pengendali rangkaian telekomunikasi akan terus menyiasat dan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak terbabit,” katanya.

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments