PM Arah Tindakan Segera Terhadap Panggilan Spam

3746

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak mengarahkan pihak berkaitan mengambil tindakan segera terhadap insiden panggilan spam daripada nombor antarabangsa yang diterima ramai pemimpin Barisan Nasional (BN).

Perdana Menteri berkata beliau mengecam sekeras-kerasnya taktik `panggilan spam’ itu yang diterima ramai pemimpin BN sejak awal pagi tadi.

“Telefon yang diserang `spam’ ini tak dapat berfungsi seperti biasa. Selain itu, banyak laman web BN pun tak boleh diakses.

“Saya telah arahkan supaya tindakan segera diambil,” katanya menerusi Twitter sebentar tadi.

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments