Maut Ditanduk Zirafah Ketika Rakaman Filem

775

GARA-GARA mahu kelihatan sempurna dan cantik, seorang pengarah filem maut apabila hantukan kepala zirafah mengenai dirinya ketika cuba merakam dalam jarak dekat.

Lapor The Telegraph, kejadian tersebut berlaku di Glen Afric Country Lodge, Afrika Selatan pada Rabu lalu ketika Carlos Carvalho sedang melihat keadaan zirafah berkenaan menerusi kamera yang sedang dirakam.

“Ketika dia berdiri di depan zirafah itu, haiwan berkenaan membuka kaki, menundukkan kepalanya dan menghayunkan ke arah Carvalho,” kata pelakon terkenal, Richard Brooker.

Zirafah yang diberi nama Gerald bertindak sedemikian sebaik sahaja Carvalho mengambil tempat kru filem yang sedang merakam haiwan berkenaan.

Drikus Van Der Merwe yang merupakan seorang kru pengembaran berkata, dia berdiri betul-betul bersebelahan Carvalho ketika kejadian.

“Saya lihat dia terus tidak sedarkan diri dan dia terus pengsan membuatkan saya terfikir dia sudah mati,” ujarnya.

Bapa kepada dua orang anak itu diterbangkan oleh helikopter ke hospital di Johannesburg namun telah meninggal dunia sebelum mendapatkan rawatan.

Terdahulu, Carvalho pernah memenangi anugerah Haskell Wexler bagi sinematografi terbaik pada Festival Filem Woodstock Tahunan ke-14 diadakan di New York melalui filem The Forgotten Kingdom.

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments