Juara Snuker Dunia Kotakan Janji Dengan Berbogel

980

Mark Williams mengotakan kata-katanya kepada dunia dan meraikan kemenangannya merangkul gelaran Kejuaraan Snuker Dunia dengan menanggalkan pakaian pada sidang media.

Pemain profesional snuker itu sebelum ini bergurau semasa menewaskan pencabar, Robert Milkin pada pusingan kedua.

“Saya akan masuk berbogel dan membuat sidang media,” kata Williams.

Sebelum meneruskan hasratnya kepada BBC semasa mengangkat trofi kemenangan, beliau memberitahu akan melakukannya sekiranya tidak dikenakan tindakan disiplin atau denda.

Dan Williams memang tidak menghampakan para penyokongnya apabila beliau tiba dengan hanya bertuala pada sidang media.

Semasa memulakan sesi temuramahnya, beliau kemudian bergurau dengan berkata: “Sejuk di sini (sidang media) kan!”

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments