“Saya tak lalok, orang kenakan saya”

    4466

    Pelakon jelita, Uqasha Senrose menyangkal dakwaan konon dirinya berada dalam keadaan lalok (khayal) semasa ditahan pihak polis pada tengah hari Ahad lalu.

    Ia susulan penangkapan aktres drama bersiri Tundukkan Playboy itu yang turut disyaki memilik enam bungkusan aluminium berisi 53 biji pil dadah jenis Eramin 5.

    “Saya tidak ‘lalok’ langsung. Ujian air kencing sudah dilakukan dan keputusannya negatif,” katanya seperti yang dilaporkan Harian Metro.

    Beliau yang dibebaskan dengan jaminan polis, malam tadi bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai kejadian yang menimpanya namun tidak menolak wujud unsur sabotaj dalam kejadian itu.

    “Saya tidak okey. Orang saja nak kenakan saya. Dugaan apa pula kali ini,” kata Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen.

    Terdahulu media melaporkan pelakon berusia 26 tahun itu ditahan polis selepas disyaki memiliki enam bungkusan aluminium berisi 53 pil Erimin 5 di dalam beg tangan miliknya.

    Dadah itu ditemui apabil pelakon itu dibawa ke Balai Polis Taman Tun Dr. Ismail, selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya di Jalan Burhanuddin Helmi, pukul 11.45 pagi, semalam.

    Comments

    PERINGATAN:

    New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


    comments