Masyarakat Cina tersinggung dakwaan pemimpin DAP

1237

KUALA LUMPUR: Masyarakat Cina di negara ini tersinggung dengan dakwaan pemimpin DAP, Nga Kor Ming, kononnya mereka boleh menerima cara ceramah beliau yang berunsur maki hamun, kurang ajar, biadab dan tidak menghormati orang lain.

Jurucakap MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker, berkata masyarakat Cina secara keseluruhannya adalah komuniti yang baik dan dihormati, sekali gus tidak mungkin akan menerima cara biadab berkenaan.

Malah, beliau berkata, mereka amat terkejut dengan gurauan biadab Kor Ming terhadap calon pakatan pembangkang bagi kerusi Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang dikatakan sedang menunggu ajal.

“Jika Kor Ming mahu membuat lawak mengenai seseorang lebih tua, berlawak mengenai Dr Mahathir bermain judi mahjong dengan mendiang Lee Kuan Yew selepas mati, atau menggelar Dr Mahathir sebagai kuda ditunggang, dia perlu melakukannya atas nama sendiri dan bukan mendakwa kononnya masyarakat Cina boleh menerima atau menyokong penghinaan seumpama ini.

“Penyokong DAP mungkin boleh menerima lawak biadab Kor Ming, maki hamun dan memberi gelaran tidak baik kepada seseorang, namun majoriti masyarakat Cina menolak sikap seumpama ini,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments