“Kakak yang berak, adik pula kena tahi”

    5559

    Sejak semalam, industri hiburan tanah air dikejutkan dengan berita penahanan Uqasha Senrose setelah pelakon jelita itu terbabit dalam kontroversi kes dadah.

    Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Zain telah ditahan pada tengah hari semalam bagi membantu siasatan berhubung kes pemilikan dadah jenis eramin 5 yang ditemui dalam tas tangan miliknya.

    Mungkin rimas dikecam peminat, pelakon drama bersiri Tundukkan Playboy itu lantas mengambil keputusan mematikan fungsi komen di laman Instagram miliknya kira-kira jam 11 malam tadi.

    Namun malang sekali buatnya apabila tindakan aktres itu nampaknya masih tidak berjaya halang hasrat netizen daripada ‘membawang’ akaun Instagram adiknya, Nelydia Senrose yang juga merupakan pelakon terkenal.

    Ada dalam kalangan netizen melemparkan komen negatif termasuk turut mengaitkan Nelydia dengan kontroversi dadah yang menimpa kakaknya.

    Tidak kurang juga meluahkan rasa kesal dengan tindakan Uqasha mengambil barangan terlarang dan tidak kurang juga yang mahu mendapatkan pengesahan mengenai berita terbabit.

    “Akak awak ada eramin, saya nak eratkan hubungan dengan awaaa cia cia cia,” tulis seorang pengguna yang menggunakan akaun nama Dytsufi.

    Manakala pengguna akaun nama azuan_isa95 menulis; “Hmmm asal tutup komen si Uqasha tu. Betul ke dia ada amik dadah?”

    Sementara itu ikmal.randon pula berkata; “Bapak kau bangga tak anak dia amik dadah?”

    Pun begitu, mujurlah ada segelintir peminat yang waras mempertikaikan tindakan majoriti pengguna laman sosial itu yang menulis di akaun Instagram Nelydia dan menyifatkan ia sebagai satu tindakan tidak adil.

    “Korang jangan la kacau dia! Yang ambik dadah kakak dia, sian dia kena buli.#stopbullying #cyberbully,” tulis newar.ahmad.

    Comments

    PERINGATAN:

    New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


    comments