Guan Eng nafi Amran pegawai khasnya

75

ALOR SETAR 7 Mei -Sindrom penafian kini melanda DAP setelah ahli seumur hidup DAP, Amran Ahmad mendedahkan parti itu sengaja memburuk-burukkan kerajaan Barisan Nasional (BN) termasuk memfitnah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan keluarganya dengan matlamat untuk meracuni pemikiran rakyat.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng hari ini menafikan Amran pegawai khasnya malah seperti dijangka beliau turut menafikan kebenaran pendedahan propaganda DAP oleh Amran yang juga ahli seumur hidup parti itu.

“Dia bukan pegawai khas saya, laporan tersebut tidak benar,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan ceramah gabungan pembangkang PKR di Flat Setia Jaya, di sini hari ini.

Selain itu, Guan Eng juga turut mengelak daripada mengulas lanjut mengenai Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming yang menggunakan kata-kata keras ketika berkempen.

“Kamu sudah dapat kenyataan dia (Kor Ming) jadi berpandukan kepada itu sahaja,” katanya.

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments