Ditahan kerana potong rumput jiran ketika mabuk

413

GEMPAR… Seorang lelaki dari Franklin, Amerika Syarikat (AS) ditahan dan didakwa atas kesalahan memotong rumput dalam keadaan mabuk.

Anggota polis menahan lelaki berusia 46 tahun, Barry Ridge ketika suspek memandu traktor pemotong rumput di County Road 100 North, kata polis dari jabatan Johnson County Sheriff.

Jabatan Polis Franklin menerima aduan selepas pukul 5 petang daripada seorang individu yang kecewa melihat Ridge memandu masuk ke lamannya dan mula memotong rumput di situ.

Ridge kemudian memandu ke arah jalan menuju ke Franklin.

Anggota polis berkata, mata Ridge nampak seperti berkaca dan dia gagal menjalani ujian alkohol.

“Dia gagal ujian analisis pernafasan dan tahap alkohol dalam darah mencatatkan bacaan 0.189.”

Ini bukanlah kali pertama Ridge ditahan kerana memandu traktor pemotong rumput ketika mabuk, menurut rekod polis.

Dia ditahan di tempat letak kereta Kroger di Marion County kerana menggunakan traktor itu ketika mabuk dan menyebabkan gangguan pada 8 April.

Traktor miliknya itu disita dan Ridge masih menunggu perbicaraan untuk tangkapan kali pertama.

Dia dibawa ke penjara Johnson County pada Sabtu.

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments