Cara unik Jokowi promosi Sukan Asia di negaranya

467

Pemimpin Indonesia menggunakan pendekatan berbeza untuk mempromosikan Sukan Asia ke-18 yang berlangsung di negara itu pada 18 Ogos hingga 2 September depan di Jakarta dan Palembang.

Ia bermula apabila Presiden Joko Widodo atau Jokowi mengenakan jaket tertera logo Sukan Asia dan pelbagai motif sukan seperti angkat berat, bola keranjang, memanah dan lawan pedang ketika menghadiri pelbagai acara.

Ini termasuk mesyuarat Kabinet sejak minggu lalu. Jokowi membuat ‘promosi’ itu selepas beliau mendapati temasya sukan tersebut masih belum mendapat liputan meluas.

Susulan itu, kesemua menteri Kabinet merancang untuk memakai jaket tertera imej Sukan Asia bermula kiraan detik 100 hari menjelang pembukaan rasmi kejohanan benua tersebut.

“Kami akan mengenakan jaket sama untuk ‘countdown’,” kata Menteri Pelancongan, Arief Yahya.

Difahamkan, kira-kira 9.5 juta atlet dari 45 negara akan menyertai acara itu.

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments