Keluarga Nik Aziz halang Tun M lawat kubur

2455

KOTA BHARU: Keluarga bekas Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat, bertindak mengunci pintu pagar perkuburan Islam Kampung Pulau Melaka di sini, pagi ini, bagi menghalang calon Parlimen Langkawi Tun Dr Mahathir Mohamad menziarahinya.

Tindakan mengunci pagar kubur dibuat oleh Mudir Maahad Tahfiz dan Pengajian Al-Quran Nik Matillah, Fazilah Hakimi kira-kira jam 9.30 pagi atas arahan anak arwah Nik Aziz, Nik Adli.

Nik Adli berkata kepada NSTP bahawa tindakan itu untuk ‘menjaga perasaan keluarga’.

“Tindakan ini dibuat atas persetujuan keluarga.

“Itu saja komen saya setakat ini dan tolong dapatkan kenyataan sebenar dari sepupu saya (Ahmad Dusuki Abd Rani),” katanya ketika ditemui di tanah perkuburan itu, di sini, hari ini.

Seorang keluarga terdekat berkata arahan itu sebenarnya datang dari isteri arwah Nik Aziz, Tuan Sabariah Tuan Ishak.

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments