Uji ilmu kebal, pesilat di Indonesia mati digelek lori

3126

Berau, Indonesia: Satu rakaman video yang tular di Indonesia memaparkan seorang pesilat remaja maut akibat digelek lori pikap ketika membuat persembahan untuk menunjukkan kekuatan mereka dalam satu majlis, semalam.

Mangsa dari sekolah pondok Al Kholil, di sini membuat pertunjukan itu bersama lima rakan mereka pada majlis di sekolah berkenaan yang turut dihadiri datuk bandar Berau.

SURYA.co.id melaporkan, dalam pertunjukan berkenaan enam pesilat terbabit berbaring sebelum lori pikap menggilis mereka.

Sebaik pertunjukan selesai empat pesilat segera bangun tetapi dua lagi dikenali sebagai Rangga dan Jodi didapati tidak sedarkan diri.

Dua pesilat itu dikejarkan ke hospital tetapi Rangga disahkan meninggal dunia ketika dirawat manakala Jodi pula dilaporkan cedera parah.

Sementara itu, polis Berau memberitahu, pihaknya sedang menyiasat kes itu dan sudah mengambil keterangan enam individu termasuk jurulatih silat serta pihak pengurusan sekolah pondok berkenaan.

Kejadian itu sempat dirakam seorang pengunjung dan kini tular di media sosial di Indonesia.

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments