Memali: Abdul Hadi terima permohonan maaf Tun M

968

KUALA TERENGGANU – Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menerima permohonan maaf Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung kenyataannya yang dianggap menghina mangsa tragedi Memali sebagai ‘mati katak’.

Menurut Abdul Hadi, beliau menganggap Pengerusi PPBM itu terlanjur dalam berkata-kata sehingga terdorong mengeluarkan kenyataan sedemikian.

“Tun Mahathir bukan seorang dalam bidang agama jadi kena tanya orang dalam bidang agama. Kita sudah bermuzakarah sesama kita dan buat keputusan yang mangsa adalah para syuhada.

“Dia (Tun Mahathir) terlanjur kata dan saya sudah dengar kenyataan permohonan maaf dia dan kita menerimanya,” katanya ketika ditemui wartawan pada majlis Sembang Santai Bersama Ayoh Chik di Kuala Ibai, hari ini.

Menurut Abdul Hadi, hal itu tidak perlu dibangkitkan lagi kerana para ulama termasuk yang hidup pada masa itu sudah membuat keputusan bahawa mangsa adalah para syuhada dan urusan pengebumian mereka juga sudah dijalankan mengikut yang sepatutnya.

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments