Kerana Parodi ‘Avengers: Infinity War’ Kumpulan Pelajar Ini Dapat Bertemu Pengarah Joe Russo

    1518

    Semuanya bermula hanya sekadar hiburan menghabiskan masa di kolej. Kini kumpulan remaja ini bukan sahaja dijemput ke tayangan perdana Avengers: Infinity War, tetapi turut bertemu dengan tuan pengarah sendiri Joe Russo!

    Video parodi yang dimuat naik oleh Aiman Sany di Twitter ini trending di seluruh dunia dan turut mendapat perhatian pengarah Avengers sendiri, Joe Russo.

    Mereka dijemput ke Singapura ketika sesi promo Avengers yang berlangsung awal bulan lepas dan tidak menyangka Joe Russo sendiri akan duduk bersama dan bertanya soalan kepada mereka tentang video parodi berkenaan. Video ini baharu sahaja dikongsi oleh laman Facebook Marvel semalam.

    Marvel Studios' Avengers: Infinity War | Joe Russo Surprise

    You’ve seen their viral parody trailer. Now watch what happened when we brought Aiman Sany and friends from Kolej Mara Seremban to meet the man himself, Director Joe Russo. #AvengersMY #InfinityWarWatch Marvel Studios' Avengers: Infinity War now – https://po.st/b4F2du

    Posted by Marvel on Friday, 4 May 2018

    Ia pastinya satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan oleh kumpulan pelajar ini dan Joe sendiri memuji tahap kreatif pelajar-pelajar ini. Nampaknya boleh jangka berdasarkan temubual ini, Aiman Sany & the gang pastinya akan buat satu video seperti ini lagi untuk filem Avengers yang akan datang. Steady!

    Comments

    PERINGATAN:

    New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


    comments