WhatsApp bakal lancar panggilan video berkumpulan

286

Pasti ramai yang menggunakan aplikasi khidmat pesanan ringkas WhatsApp untuk berhubung dengan kenalan rapat.

Untuk memudahkan perhubungan di antara kenalan rapat, WhatsApp kini memperkenalkan ciri baharu iaitu panggilan video secara berkumpulan.

Pengarah WhatsApp, Mubarik Imam mengumumkan ciri itu dan beberapa ciri baharu semasa persidangan konvensyen F8 yang diadakan di Pusat Konvensyen San Jose McEnery di California.

Mubarik bagaimanapun tidak menunjukkan bagaimana ciri panggilan video secara berkumpulan itu akan berfungsi, tetapi berdasarkan penyampaiannya, ciri terbaharu itu akan mengumpulkan empat orang dalam satu panggilan.

Dia turut mendedahkan jumlah pengguna WhatsApp seramai 450 juta pengguna setiap hari dan lebih 2 juta panggilan video dan audio dilakukan menerusi aplikasi tersebut.

Sementara itu, antara ciri baharu yang turut diperkenalkan adalah pelekat atau sticker seperti yang telah digunakan secara meluas di media sosial Facebook, Line dan WeChat.

Ciri sticker itu akan membenarkan pihak ketiga untuk menghasilkan sticker sendiri.

Terdahulu, di pentas konvensyen yang sama, FB mengumumkan akan melancarkan servis untuk penggunanya menjalinkan hubungan kekasih atau ‘dating’.

Ia direka dengan memanfaatkan status berjuta pengguna FB yang belum berpunya selain bertujuan meningkatkan jumlah masa penggunaan platform media sosial paling popular di dunia itu dalam kalangan netizen.pp

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments