Putera Arab Saudi beri hantaran RM197 juta kepada isteri muda

5483

 

KUWAIT CITY – KUWAIT. Putera Arab Saudi, Sultan Salman, 61, memberikan ‘hantaran’ berjumlah AS$50 juta (RM197 juta) kepada isteri baharunya.

Wanita bertuah warga Emiriah Arab Bersatu (UAE) berusia 25 tahun itu turut menerima beberapa hadiah perkahwinan mewah termasuk berlian.

Konvoi pengantin lelaki terdiri daripada 20 hingga 30 Range Rover berwarna putih membawa bersama 35 kotak besar juga dipersembahkan kepada keluarga pengantin perempuan.

Cerita perkahwinan yang berlangsung di Four Seasons Hotel Kuwait di Burj Alshaya tersebut telah menjadi tular dan menerima pelbagai reaksi pengguna media sosial.

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments