Di India, air tandas diguna buat kopi dan teh

1554

KOLKATA: Seorang penjual teh India yang dirakam dalam video mengambil air dalam tandas kereta api sebelum menjualnya kepada penumpang didenda di tengah kebimbangan meningkat berhubung keselamatan makanan.

Peniaga dalam Chennai-Hyderabad Express ditangkap selepas rakaman dia dan dua lain keluar dari tandas bersama bekas besar digunakan untuk menghidangkan teh dan kopi dalam kereta api India dikongsi secara meluas.

Indian Railways dalam satu kenyataan berkata, ‘insiden itu diteliti secara terperinci’ dan penjual teh itu didenda AS$1,500 (RM5,907.72).

Video itu dirakam dalam kereta api di Secunderabad di Telangana. Daripada tiga peniaga dirakam, hanya seorang berlesen.

Peniaga itu mendakwa, mereka menuang susu daripada satu bekas ke bekas lain dan tidak mahu melakukannya secara terbuka.

“Hakikat bahawa bekas teh/kopi dilihat dibawa keluar dari tandas adalah amalan yang salah,” kata syarikat kereta api.

Beberapa siri insiden menyebabkan isu keselamatan makanan diberi perhatian di India. Di bandar timur di sini, terkenal dengan hidangan Bengal, polis membongkar kegiatan di mana bertan-tan daging busuk yang dibuang dijual ke restoran.

Jualan daging dan ternakan di bandar itu menurun sejak pihak berkuasa merampas kira-kira 20 tan daging busuk. Polis mengesyaki lebih banyak dijual ke restoran di bandar.

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments