14 cacing dalam badan wanita, doktor pun terkejut

1494

Meloyakan. Penderitaan seorang wanita di India yang mengalami sakit perut, muntah dan jaundis selama enam bulan akhirnya terjawab.

Rupa-rupanya ia berpunca daripada 14 ekor cacing yang bersarang di dalam hempedunya sendiri.

Wanita itu, Sunita, 38, mengetahui mengenai penyakitnya selepas mendapatkan rawatan di sebuah hospital.

Hanya selepas imbasan x-ray dijalankan, barulah doktor mengenal pasti cacing-cacing sepanjang 15m ke 20cm setiap satu dalam organ itu.

Doktor di hospital Fortis kemudiannya membuang cacing itu menggunakan forseps secara endoskopi, tanpa pembedahan.

Cacing boleh berada di dalam badan manusia menerusi telur cacing yang di dalam makanan yang tercemar.

“Saya mengalami kesakitan yang amat sangat hingga tidak boleh berdiri. Saya kehilangan berat badan sebanyak 12kg. Selepas prosedur dijalankan oleh doktor, kesakitan itu terus hilang,” kata Sunita.

“Dalam pada itu, Dr. Arvind Khurana, berkata, cacing memang biasa ditemui dalam usus namun sesuatu yang luar biasa apabila ia berada di dalam hempedu apatah lagi sebanyak 14 ekor. Ia amat jarang berlaku,” katanya.

Beliau juga memberitahu semua cacing itu telah dikeluarkan dari badan Sunita dalam satu sesi prosedur sahaja.

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments