Remaja baring atas landasan keretapi kerana mahu dapat ‘like’

583

MOSCOW – RUSIA. Seorang remaja lelaki di Rusia sanggup memperjudikan nyawa dengan melakukan aksi bahaya semata-mata demi mendapatkan ‘like’ di media sosial.

Alexey Derbilov, 19, dirakam melompat ke atas landasan keretapi lalu berbaring di dalam lubang keselamatan sebelum sebuah kereta api yang meluncur laju tiba di stesen metro Vistavochnaya, Moscow.
Derbilov dilihat sempat melindungi kepalanya menggunakan kedua belah tangan ketika berbaring di landasan sambil menunggu kereta api selesai menurunkan penumpang.

Sementara itu, rakan remaja yang merakam insiden itu turut menggalakkan Derbilov dengan menggelarnya sebagai ‘harimau’ malah sempat berpesan kepada Derbilov supaya tidak bergerak sehingga kereta api berlalu pergi.

Sebaik bangun daripada landasan, seorang pekerja stesen menjerit, memarahi Derbilov kerana perbuatannya yang membahayakan keselamatan, namun remaja terbabit berbohong dengan mengatakan dia terjatuh ke atas landasan.

Bagaimanapun, Derbilov akhirnya dicekup polis setelah rakannya memuat naik video tersebut di laman sosial keesokan harinya.

“Saya melakukan aksi tersebut untuk mendapat banyak like dan meraih perhatian di laman sosial,” ujar Derbilov yang kemudian melahirkan rasa kesal setelah menyedari aksi ‘bodoh’ itu bukan sahaja membahayakan nyawa diri sendiri tetapi juga nyawa penumpang lain.

Derbilov kini berdepan perbicaraan apabila pihak polis mendapati banyak lagi video yang dimuat naik ke laman sosialnya menyalahi undang-undang negara.

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments