Maut main sembunyi dalam mesin pengering baju

59

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun maut dalam keadaan tragis selepas bersembunyi di dalam alat pengering baju, ketika bermain sembunyi-sembunyi dengan kawan-kawannya.

Fernando Hernandez Jr. dari Houston, Texas, Amerika Syarikat meninggal dunia akibat renjatan elektrik.

Mesin itu terletak di bilik dobi di pangsapuri yang didiami Fernando sekeluarga. Dia ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Keluarganya cuba memberikan bantuan CPR, namun Fernando sudah meninggal dunia.

Dalam pada itu, ibunya Christina Rodriguez, berkata dia dimaklumkan mengenai Fernando oleh seorang lagi anaknya.

“Saya sedang memasak….dan anak saya memberitahu abangnya terbaring di lantai,” kata Christina.

Disember lalu, Suruhanjaya Keselamatan Produk Pengguna Amerika Syarikat telah mengeluarkan amaran mengenai beberapa kes kematian melibatkan kanak-kanak dalam pengering baju.

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments