China rancang bina istana di bulan menjelang 2030

578

 


BEIJING – China berhasrat untuk membina sebuah ‘istana’ di bulan bagi menerokai permukaannya selain bakal dijadikan landasan pendaratan kapal angkasa sempena persediaan misi ke planet Marikh menjelang tahun 2030.

Kemudahan itu dijangka dilengkapi dengan beberapa kabin berbentuk silinder selain turut disediakan bekalan oksigen bagi membolehkan petugas di situ dapat bernafas seperti biasa.

Pangkalan penyelidikan saintifik itu akan dikuasakan dengan tenaga suria yang sekali gus menjadikan tanda aras baharu program angkasa lepas Beijing.

Pentadbiran Angkasa Lepas Kebangsaan China berharap dapat mendaratkan angkasawan mereka ke bulan pada tahun 2030 yang bertujuan untuk menerokai kehidupan dan menjalankan penyelidikan di bulan.

“Kami berhasrat untuk menerokai kutub bulan dan membina sebuah stesen penyelidikan sains di situ.

“Malah, kami yakin bahawa impian negara China untuk menetap di istana bulan akan menjadi kenyataan satu hari nanti,” kata agensi itu dalam satu klip video berhubung rancangan terbaharu mereka.

Bagaimanapun, klip video itu tidak menjelaskan mengenai tarikh visi penerokaan angkasa lepas akan dimulakan.

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments