10 pantai N.Sembilan disenarai pantai terbaik

516

SEREMBAN – Sepuluh pantai di Negeri Sembilan disenaraikan sebagai pantai terbaik di antara 152 pantai di negara ini.

Pantai tersebut ialah pantai Bandar Port Dickson, pantai Saujana (Batu 4), pantai Cahaya Negeri (Batu 5), pantai Cahaya Negeri (Batu 6), pantai Cunningham (Batu 7), pantai Teluk Kemang, pantai Tanjung Biru (Batu 10), pantai Port Dickson (Janakuasa TNB), pantai Teluk Pelanduk dan pantai Cermin.

Menurut laporan portal rasmi kerajaan negeri, Indeks Kualiti Air Marin (IKAM) memberi indikasi bahawa pantai di Negeri Sembilan adalah bersih dan selamat untuk kegunaan orang awam manakala dua kuala di negeri ini iaitu Kuala Sungai Lukut dan Kuala Sungai Linggi turut tersenarai sebagai kuala terbaik di antara 76 kuala di Malaysia.

Pulau Arang di Port Dickson pula tersenarai antara pulau terbaik daripada 90 pulau di Malaysia.

Berdasarkan IKAM 2016, status kualiti air marin di ketiga-tiga kawasan ini menunjukkan terbaik di mana Kuala Sungai Lukut dan Kuala Sungai Linggi masing-masing mencapai angka 98 dan Pulau Arang (97).

Menurut laporan itu lagi, stesen pengawasan air marin automatik yang dikenali ‘JLM Navigation Beacon’ ditempatkan berhampiran Pulau Arang bagi memantau secara berterusan untuk memastikan kualiti air marin adalah baik bagi kesejahteraan orang awam manakala amaran awal akan dihantar sekiranya berlaku pencemaran di laut.

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments