‘Stesen’ minyak tradisional masih wujud di Dabong

40

KUALA KRAI- Stesen pam minyak tradisional amat jarang ditemui pada zaman serba canggih ini kerana telah digantikan dengan stesen berkelengkapan moden.

Malah, ada yang tidak ketahui bagaimana rupa pam minyak tradisional terutamanya generasi muda zaman sekarang.

Di pekan Dabong,Kuala Krai, Kelantan, terdapat pam minyak tradisional dalam sebuah kedai kayu berfungsi sebagai nadi petrol yang digunakan penduduk setempat untuk mengisi petrol motosikal dan kereta.

Pam minyak tradisional mempunyai balang dan paip getah bagi menyedut petrol sebelum diisi dalam tangki kereta ataupun motosikal.

Petrol akan disedut dari tong menyimpan petroleum sebelum dialirkan ke dalam pam pengepam seterusnya melalui paip getah sebelum sampai ke tangki kenderaan.

Lapor Astro Awani, pemilik pam minyak tradisional Othman Mat Yaman, 56 tahun menjalankan perniagaan pam minyak tradisional yang diwarisi dari orang tuanya sejak lebih 30 tahun lalu.

Setiap hari kedainya itu akan menjual sebanyak 600 liter petrol dengan mengambil keuntungan 4 sen bagi setiap liter dan akan bertamabah 1,000 hingga 1,200 liter sehari semasa musim cuti persekolahan dan musim perayaan.

“Saya mendapatkan bekalan minyak dari stesen minyak di Jeli, dengan jarak 50 kilometer dari Dabong, saya isi dengan tong dram, dengan menggunakan van saya bawa balik ke Dabong ini,” katanya.

Stesen minyaknya yang beroperasi dari pagi hingga jam 10 malam telah membantu lebih 15,000 penduduk di Dabong disebabkan pekan tersebut tiada stesen minyak lain.

Othman berharap agar perniagaan senja ini akan tetap beroperasi dan bakal diwarisi anak-anaknya sekiranya beliau tiada kelak.

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments