Raja Bomoh Nak Bertanding Dalam PRU14

737

‘Raja Bomoh’ atau nama sebenarnya Ibrahim Mat Zin dijangka akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) di kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.

Lapor Harian Metro, individu yang didakwa pernah menampar buaya itu berkemungkinan akan bertanding sebagai calon Bebas di kerusi Parlimen Teluk Intan dan DUN Manjoi.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh pembantunya, Ibrahim akan mengadakan sidang media pada jam dua petang esok di sebuah hotel di Ipoh, Perak dan beliau sendiri akan hadir pada sidang media tersebut.

Kenyataan itu juga mewajibkan semua wartawan yang hadir perlu menunjukkan kad media bagi memastikan hanya wartawan sahaja yang dibenarkan berada di majlis itu.

Pada April tahun lalu, Ibrahim mengaku bersalah di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan atas pertuduhan menghina agama Islam atau menyebabkan Islam dipandang hina.

Dia memohon maaf kepada semua umat islam dan mengaku bahawa semua perbuatan ritual perbomohannya merupakan kesalahan dan menyalahi akidah.

Mahkamah kemudian mengarahkan beliau berkelakuan baik selama enam bulan, berikutan faktor umur dan keadaan kesihatannya.

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments