Pukul ustaz dengan kayu lepas tahu anak dicabul

1128

Kes salah laku seks membabitkan kanak-kanak bukan merupakan perkara baharu dan ia sering dlaporkan di dada akhbar mahupun di media-media elektronik.

Terbaharu, dalam satu kejadian di Timur Tengah, seorang ibu mengambil keputusan sendiri memghukum seorang ‘ustaz’ selepas mendapat tahu anak perempuannya dicabul ketika mereka berkunjung di sebuah masjid.

Lapor beberapa portal berita tempatan, wanita itu membawa semula anak perempuannya ke masjid berkenaan selain memukul ustaz terbabit dengan menggunakan sebatang kayu.

Kejadian itu malah turut berjaya dirakam dan tersebar menerusi laman sosial, manakala ketika dipukul lelaki berkenaan seolah-olah dilihat meminta bantuan daripada orang di sekeliling.

Ketika membuat ‘serangan’ itu, wanita terbabit sempat mengajar anak perempuannya bahawa tiada yang lebih berharga atau penting daripada maruah diri sendiri.

Video aksi berani wanita itu mempertahankan maruah anaknya dengan memukul ustaz tersebut telah menerima sebanyak 1.04 juta tontonan sehingga kini.

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments