PAS umum calon cabar Zahid Hamidi

96

IPOH: Naib Presiden PAS Idris Ahmad diumumkan sebagai calon PAS bagi kerusi Parlimen Bukit Gantang pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan nama Idris yang juga penyandang kerusi itu pada ceramah Gelombang Hijau Perak di Seri Iskandar malam tadi.

Pada PRU13, Idris memenangi kerusi tersebut dengan majoriti tipis 986 undi mengalahkan calon Barisan Nasional Datuk Ismail Saffian.

Hadi turut mengumumkan Ketua Penerangan PAS Kawasan Bagan Datuk, Ata Abdul Munim Hasan Adli sebagai calon PAS di Bagan Datuk. Penyandang kerusi itu ialah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Sementara itu, Ketua Dewan Muslimat PAS Perak, Dr Najihatussalehah Ahmad bakal bertanding di Parlimen Parit, manakala Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria dipilih bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Gunung Semanggol.

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments