Jamal sah tidak akan bertanding PRU14

1667

KUALA LUMPUR – Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos hari ini berkata beliau tidak akan bertanding untuk kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri pada pilihan raya umum kali ini.

Jamal berkata beliau mendapat cadangan untuk bertanding di kawasannya atau kawasan lain tetapi beliau memilih untuk tidak bertanding.

Sebaliknya, beliau akan bersama-sama jentera Barisan Nasional (BN) dalam membantu calon-calon BN, katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya hari ini berhubung dakwaan penggunaan akaun palsu media sosialnya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian pada 9 Mei manakala penamaan calon pada 28 April.

Terdahulu, Jamal yang juga Pengerusi Gabungan NGO 1Malaysia membuat laporan polis berkaitan fitnah isu perkauman yang disebarkan di media sosial menggunakan akaun Facebook palsu nama beliau.

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments