AS Monaco bayar balik harga tiket kepada penyokong selepas dibelasah PSG 7-1

312

Monaco menganggap kekalahan 7-1 di tangan PSG sebagai satu kerugian (damage) yang harus mereka bayar balik. Oleh itu, kelab tersebut memutuskan untuk membayar semula harga tiket yang dibeli oleh penyokong mereka yang bertandang ke Parc des Princes.

Monaco hadir dalam perlawanan dengan status juara bertahan menyaksikan mereka telah tewas 7-1 dan lebih buruk lagi telah menyerahkan mahkota kejuaraan kepada PSG pada Ahad lalu.

PSG mendahului Monaco 4-0 dalam masa kira-kira 30 minit. Rony Lopes menjaringkan gol pembukaan Monaco. Dan ramai merasakan ia memberikan harapan untuk merapatkan jurang dan mengurangkan kerosakan (damage limitation).

Namun ia tak berlaku. PSG malah mendapat 3 lagi gol pada separuh masa kedua. Dan mereka dimahkotakan kejuaraan Ligue 1 sekali lagi selepas musim lalu dimenanangi AS Monaco.

Penyokong Monaco jelas tidak gembira dengan apa yang berlaku. Kekalahan 7-1 sebagai juara bertahan adalah perkara yang sukar diterima.

Beberapa jam selepas kekalahan tersebut Monaco mengumumkan tawaran untuk pemulangan harga tiket kepada penyokong mereka yang bertandang ke Parc des Princes di Paris.

“AS Monaco telah mengambil keputusan untuk mengembalikan wang penyokong Putih dan Merah yang hadir ke seksyen penyokong lawan malam ini.”

“Segala maklumat akan diberitahu bermula daripada awal minggu ini.”

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments