Pasangan kekasih dicekup seks dalam masjid

4533

s

Sepasang kekasih ditangkap penduduk tempatan selepas dikesan melakukan seks di dalam masjid di Semarang, Jawa, lapor media tempatan.

Tribun News melaporkan, pasangan terbabit disyaki pernah melakukan perkara tidak senonoh beberapa kali sebelumnya berdasarkan penemuan kondom terpakai berhampiran almari telekung di ruang solat wanita.

Susulan itu, pihak masjid memasang kamera keselamatan tertutup yang akhirnya berjaya merakam perbuatan tidak senonoh itu pada 9 April lalu.

Menurut merdeka.com, lelaki berusia 23 tahun dan perempuan berusia 22 tahun itu ditangkap pada 13 April lalu selepas sekali lagi kembali ke masjid berkenaan, dipercayai untuk melakukan seks lagi.

Ketua rukun tetangga Sraten, Suparno dipetik berkata: “Saya pelik bagaimana pasangan itu sanggup berbuat perkara tidak senonoh berulang kali dalam masjid yang begitu dekat dengan kampung mereka.

“Memang saya marah!”

Portal fajar.co.id memetik Ketua Polis Resor Semarang, Agus Nugroho mengesahkan dua individu itu kini dalam tahanan dan masih disiasat.

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments