Curi selipar di pasaraya, 2 rakan dipenjara 8 minggu

610

KOTA BHARU: Dua rakan dipenjara lapan minggu dan denda RM2,000 di Mahkamah Majistret di sini hari ini terhadap tuduhan mencuri di dalam pasar raya, minggu lalu.

Majistret Kamarul Hasyime Rosli mengenakan hukuman itu selepas Mizaidi Mat Lazim, 30, dan Muhammad Adli Shahrin Sanusi, 25, mengaku salah terhadap tuduhan itu.

Jika gagal menjelaskan denda tertuduh boleh dipenjara dua bulan.

Mengikut tuduhan, mereka didakwa bersama-sama mencuri pelbagai barang termasuk selipar, minyak rambut dan pewangi kereta bernilai RM310.04 di sebuah pasar raya di sini pada jam 7.30 malam, 8 April lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, tertuduh memohon hukuman ringan kerana sudah insaf dengan kesalahannya selain perlu menyara keluarga.

Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Shahirun Azri Mohd Nordin memohon hukuman setimpal untuk memberi pengajaran kepada tertuduh dan orang ramai supaya tidak mengulangi kesalahan sama.

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments