Warga emas terkurung dalam rumah selama 6 hari sebelum disedari jiran

21

 

SUNGAI SIPUT – Bayangkan anda terkurung di dalam rumah selama enam hari. Hanya terlantar kerana diserang angin ahmar.

Pasti sukar membayangkannya.

Namun, itulah yang berlaku kepada seorang warga emas berusia 64 tahun apabila dia terkurung di dalam rumahnya di Jalan Dovenby, di sini.

Lelaki malang itu diselamatkan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Siput selepas salah seorang jiran mereka menghubungi pasukan keselamatan.

Ketua Operasinya, Suhaimi Ab Samad berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan berhubung kes itu pada jam 9.25 pagi semalam.

“Setibanya jentera di rumah mangsa, anggota mendapati terdapat seorang lelaki warga emas terperangkap di dalam rumah selama enam hari.

“Mangsa tersebut terlantar di rumah akibat strok. Keadaan mangsa agak lemah semasa ditemui. Anggota menggunakan peralatan khas untuk buka kunci rumah itu.

“Mangsa kemudian dibantu keluar dari rumah tersebut dan diserahkan kepada pihak hospital untuk menerima rawatan lanjut,” katanya.

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments