Parti liar budak WeChat diserbu di Kemamam, 8 gadis antara ditahan

1388

 

KEMAMAN – Keseronokan sekumpulan 35 remaja berparti liar sambil ‘lalok’ di sebuah apartment di Bandar Baru Kerteh, di sini terbantut apabila diserbu pihak berkuasa, semalam.

Ketika serbuan diadakan kira- kira jam 4 pagi itu, 10 remaja sanggup gadai nyawa dengan bertindak terjun dari apartmen berkenaan yang berada di tingkat dua dan tiga untuk meloloskan diri.

Penolong Pegawai AADK Kemaman, Rahama Abd Razak berkata, kesemua remaja tersebut berasal sekitar Paka, Kerteh dan Chukai dan dipercayai berhubung menerusi aplikasi WeChat untuk mengadakan parti berkenaan.

“Serbuan berkenaan dijalankan oleh 16 pegawai dan anggota penguat kuasa Pejabat Agama Kemaman, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan polis.

“Kesemua remaja yang ditahan berusia antara 14 hingga 24 tahun termasuk lapan daripadanya adalah perempuan,” katanya.

Beliau berkata, seramai 16 daripada 35 remaja yang berjaya ditahan turut didapati positif dadah hasil ujian saringan air kencing.

“Daripada 16 remaja yang positif dadah itu, enam adalah perempuan termasuk seorang yang berumur 16 tahun dan sudah tidak bersekolah.

“Hasil ujian urin mendapati mereka mengambil dadah jenis eramin 5 dan pil kuda,” katanya.

Kesemua suspek ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 31(a) dan (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 manakala mereka yang positif dadah turut disiasat mengikut Seksyen 3 (1) Akta Penagih Dadah.

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments