Padah curi besi, penduduk ikat pencuri pada tiang elektrik

1025

MIRI 14 April – Padah cuba mencuri besi, seorang lelaki berjaya ditangkap dan diikat pada tiang elektrik di sebuah tapak pembinaan rumah di Senadin, pagi tadi.

Menurut sumber, suspek berusia 28 tahun tersebut didapati telah menceroboh masuk ke tapak pembinaan pada pukul 8 pagi.

“Bagaimanapun, perbuatannya disedari pekerja tapak pembinaan yang kemudian bertindak menangkapnya.

“Selepas ditangkap pekerja binaan telah bertindak mengikatnya pada tiang elektrik bagi mengelak dia melarikan diri,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambahnya, suspek kemudian diserahkan kepada pihak polis yang tiba di lokasi kejadian dan dibawa ke Balai Polis Pusat Miri untuk tindakan lanjut.

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments