Lelaki ditahan menyamar polis samun budak sekolah, dapat RM60

40

 

KOTA BHARU: Seorang lelaki yang menyamar sebagai anggota polis dan mengambil wang tunai RM60 milik seorang pelajar ditahan dalam kejadian di Jalan Kuala Krai di Tunjong, semalam.

Suspek berusia 35 tahun ditahan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu di rumahnya di Kampung Binjai, Ketereh, di sini pada jam 2.45 pagi tadi.

Sebelum kejadian mangsa berusia 13 tahun menunggang motosikal bersama rakannya melalui jalan itu pada jam 10.55 malam.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Ismail Mat Sidik, berkata ketika itu suspek yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 datang dari arah belakang menyuruh mangsa berhenti di tepi jalan.

Katanya, mangsa yang ketakutan kemudian berhenti dan suspek bertindak mencabut kunci motosikal mangsa sambil memperkenalkan diri sebagai polis.

“Suspek turut menyeluk poket seluar mangsa dan mengambil wang RM60 dan kemudian menyerahkan semula kunci sebelum beredar dari situ.

“Mangsa balik ke rumahnya di Kampung Mulong, di sini, dan memberitahu kejadian itu kepada ayahnya. Berikutan itu keluarga mangsa membuat laporan di Balai Polis Nilam Puri, di sini, pada jam 12.25 tengah malam,” katanya di sini, hari ini.

Katanya, wang tunai yang disamun adalah milik mangsa yang diberikan oleh ayahnya untuk perbelanjaan harian, manakala rakannya tiada mengalami kerugian.

“Hasil maklunat suspek akhirnya ditahan dan merampas wang tunai berbaki RM23 bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan.

“Suspek yang juga positif dadah jenis Methaphetamine serta mempunyai beberapa rekod kesalahan lampau direman selama empat hari,” katanya.

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments