Sunday, July 22, 2018
Home NASIONAL Kerajaan PKR Selangor bakal muflis?

Kerajaan PKR Selangor bakal muflis?

863

 

SEPANG 15 April – Kerajaan PKR Selangor bakal muflis sekiranya terpaksa melunaskan tunggakan hutang RM4.22 bilion oleh Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) kepada Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn. Bhd. (Splash).

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Tan Sri Noh Omar berkata, rizab Selangor kini hanya tinggal RM3 bilion sekali gus berhadapan kesukaran untuk melangsaikan hutang syarikat milik kerajaan negeri itu.

“Sejak mengambil Syabas, syarikat itu mengalami kerugian lebih dari RM1 bilion setiap tahun dan tidak mungkin berupaya membayar RM4.22 bilion.

“Rakyat berhak mengetahui adakah Kerajaan Negeri Selangor kini mengalami krisis kewangan berikutan salah tabdir urus belanjawan negeri termasuk syarikat pengurusan air yang dimiliki mereka?” katanya dalam sidang akhbar selepas majlis penyerahan tiga rumah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) di sini hari ini.

Pada Isnin lalu, Splash menyerahkan writ bersama-sama dengan pernyataan tuntutan kepada Syabas bagi menuntut hutang tertunggak berjumlah RM4.22 bilion.

 

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments