Duit derma sudah dapat, tapi enggan guna rawat anak kena kanser mata

801

 

HENAN – CHINA. Sepasang ibu bapa warga China yang merayu sumbangan orang ramai bagi merawat anak mereka yang menghidap tumor di mata didakwa enggan menggunakan wang tersebut untuk membiayai rawatannya.

Pasangan berasal dari wilayah terpencil di Taikang itu dikatakan memohon sumbangan berjumlah 150,000 yuan (RM 92,750) bagi merawat anak kecil mereka bernama Yaya yang menghidap tumor di mata.

Bagaimanapun, setelah wang berjaya dikumpul, ibu bapa kanak-kanak berusia tiga tahun itu enggan membawanya ke hospital bagi menjalani kemoterapi dengan alasan rawatan tersebut terlalu menyakitkan serta mahal.

Sementara itu, Yangtse Evening Post mengatakan pasangan terbabit mengeluarkan 23,000 yuan (RM 14,221) dari jumlah yang diterima namun tidak dapat dipastikan untuk apa wang tersebut digunakan.

Apabila didesak penderma agar Yaya dibawa ke hospital segera, si ibu tergamak mereka cerita anak itu telah meninggal dunia.

Malah mereka turut meminta sumbangan sebanyak 600 yuan (RM 371) untuk menguruskan ‘mayat’ Yaya.

Laporan polis telah dibuat penderma yang tidak berpuas hati dengan tindakan pasangan itu dan anak kecil itu kini menerima rawatan di sebuah pusat kesihatan.

Namun malangnya doktor mendapati Yaya tidak lagi dapat dirawat melalui pembedahan atau kemoterapi kerana tumor telah merebak ke bahagian otak.

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments