Wanita lacurkan diri kerana tiada duit mahu balik kampung

2149

 

MELAKA: “Saya perlukan wang untuk pulang ke Indonesia. Saya tiada tiada pilihan lain selain melacur,” kata Selvi Pinem, 24, yang berasal dari Medan, Indonesia.

Selvi berkata demikian ketika membuat pengakuan bersalah di hadapan Majistret Analia Kamaruddin atas pertuduhan menjalankan aktiviti pelacuran, hujung bulan lalu.

Mahkamah Majistret Ayer Keroh, memerintahkan dia dipenjara tiga bulan, bermula hari ini dan diserahkan kepada Jabatan Imigresen selepas tamat hukuman bagi tujuan pengusiran.

Mengikut pertuduhan, Selvi didakwa mencari langganan bagi tujuan persundalan di sebuah bilik hotel, di sini, pada jam 12.05 tengah malam, 30 Mac lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya N Sivashangari mencadangkan hukuman berbentuk pengajaran terhadap tertuduh untuk tidak melakukan kesalahan sama.

Bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam bela merayu hukuman diringankan dan segera dihantar pulang ke Indonesia.

Berdasarkan fakta kes, sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah menahan seorang wanita warga Indonesia di hotel berkenaan bersama seorang lelaki, dipercayai pelanggan dan merampas barangan disyaki digunakan untuk menjalankan kegiatan pelacuran.

Rakaman percakapan dilakukan mendapati tertuduh mengaku dilanggan seorang lelaki dan menerima wang langganan sebanyak RM150.

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments