Tiada elektrik, warga emas tersepit pada mesin urut

1224

KUANG – “Mak cik ingat belum ada elektrik,” itu jawapan seorang warga emas yang tersepit pada mesin urut di rumahnya di Kampung Setia, di sini, semalam.

Wanita berusia 70-an itu panik selepas tersepit pada mesin urut yang tidak berfungsi akibat bekalan elektrik di rumahnya terputus.

Selepas menunggu hampir satu jam, dia menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) untuk mendapatkan bantuan.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Arang, Yazli Yahya, dalam kejadian jam 3.26 petang itu, anggota bertugas hanya menggunakan alat kawalan jauh untuk membantu mengeluarkan mangsa.

“Wanita berkenaan tidak menyedari bekalan elektrik telah pulih kerana duduk dalam bilik gelap.

“Bagaimanapun, wanita berkenaan dilaporkan stabil dan tidak mengalami kecederaan,” katanya.

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments