Klopp yakin Salah kekal di Liverpool

345

 

LONDON: Jurgen Klopp menegaskan Liverpool tidak akan membenarkan Mohamed Salah menjadi bintang terbaru meninggalkan Anfield.

Salah menikmati musim pertama cukup cemerlang bersama Liverpool selepas perpindahan bernilai STG34 juta (RM162 juta) dari Roma dan  kini dilihat menjadi aset paling bernilai untuk Reds.

Pemain antarabangsa Mesir itu sudah meledak 39 gol dalam semua pertandingan, membantu Liverpool mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara yang menyaksikan mereka bakal bertemu Roma.

Semalam, Salah muncul pemain pertama dalam sejarah Liga Perdana Inggeris memenangi anugerah bulanan pemain terbaik tiga kali dalam tempoh semusim.

Bagaimanapun, aksi cemerlang pemain berusia 25 tahun itu mencetuskan rasa bimbang di kalangan penyokong Liverpool dia akan meninggalkan Anfield seperti berlaku kepada Fernando Torres, Luis Suarez dan Philippe Coutinho.

 

“Ia bukan situasi yang mahu saya fikirkan sekarang ini,” kata Klopp ketika ditanya mengenai potensi Salah mungkin dijual pada akhir musim ini.

 

“Salah baru tiba di sini kurang setahun. Dia datang kerana mahu mengambil langkah ke depan dalam kariernya dan dia melakukannya.

 

“Sebelum memilih Liverpool, dia mempunyai beberapa pilihan lain dan akhirnya memilih untuk beraksi di sini.

 

“Kami sentiasa berbincang mengenainya selepas setahun. Adakah dia akan meninggalkan Liverpool? saya belum memikirkannya.

 

“Saya tahu dia akan kekal di sini. Tetapi itu saja. Kami berpeluang cerah untuk mencipta sesuatu di masa depan. Ketika ini, kami perlu meneruskan prestasi baik, mengutip mata, menang.”

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments