Chelsea fail aduan kepada UEFA

149

 

LONDON: Chelsea membuat aduan rasmi kepada Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) susulan layanan ‘ganas’ yang diterima segelintir penyokong kelab berkenaan daripada pihak polis dan pembantu stadium ketika perlawanan Liga Juara-Juara di Barcelona, bulan lalu.

Kelab dari London itu berkata mereka menerima “Tindak balas yang tidak pernah dijangka” daripada penyokong yang memberi maklumat membabitkan tuduhan insiden berkenaan di Nou Camp.

Ia membuatkan mereka mengheret kes berkenaan ke UEFA yang juga badan induk bola sepak di Eropah.

“Kami membuat rayuan kepada peminat-peminat yang terbabit dengan insiden ini untuk memberi maklumat,” kata kenyataan yang dikeluarkan di laman web Chelsea, semalam.

“Perkara ini mengakibatkan tindak balas yang tidak dijangka, dengan sejumlah besar individu tampil untuk memberikan aduan berkaitan dengan organisasi yang buruk, kurangnya kawalan terhadap penonton, keganasan pembantu stadium dan polis serta pendedahan orang awal kepada keadaan yang tidak selamat.

“Chelsea mengutamakan keselamatan peminat kami, kedua-duanya di gelanggang sendiri dan tempat lawan, ia amat serius dan ini adalah sesuatu yang kami tidak jangkakan apabila menghadiri acara yang dianjurkan oleh UEFA atau kelab di bawah naungannya.

“Kami berterima kasih kepada penyokong-penyokong yang berkongsi pengalaman mereka untuk membantu kami menyiapkan laporan dan kini menunggu tindak balas daripada UEFA.”

Setakat ini, UEFA berkata mereka sedang meneliti tuduhan insiden berkenaan dengan peminat turut memaparkan video mengenainya di media sosial susulan kekalahan 3-0 Chelsea kepada Barcelona itu.

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments