Srikanth cipta sejarah

43

NEW DELHI: K Srikanth muncul pemain badminton lelaki pertama dari India yang berjaya menduduki ranking nombor satu dunia selepas mengatasi jaguh Denmark, Viktor Axelsen.

Ia sekali gus melengkapkan minggu yang hebat buat bintang berusia 25 tahun itu selepas turut menjinakkan Datuk Lee Chong Wei bagi menjulang India meraih pingat emas sulung dalam saingan berpasukan campuran Sukan Komanwel.

“Sudah tentu ia amat hebat untuk menjadi pemain nombor satu dunia,” kata Srikanth menerusi akaun Twitter miliknya.

“Saya mahu berterima kasih kepada jurulatih Gopi (P Gopichand) kerana meletakkan kepercayaan ke atas saya dan juga kepada staf sokongan kerana banyak membantu.”

Bagaimanapun, dia bukannya pemain terbaik dunia pertama dari India, dengan Saina Nehwal pernah mengungguli carta badminton wanita pada 2015.

Srikanth juga menjadi pemain pertama India menjulang empat gelaran Siri Super pada 2017, untuk memperoleh mata penting bagi mengatasi Axelsen yang masih dalam proses pemulihan kaki.

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments