Mira Filzah mengaku rapat dengan Zizan Razak

35

Pelakon dan pengacara cantik, Mira Filzah mengakui bahawa dia dan aktor, Zizan Razak masih berkawan rapat.

Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman berkata, hubungan mereka masih baik dan tidak timbul sebarang perselisihan besar.

Katanya, cuma mereka jarang berjumpa dek kerana masing-masing sibuk dengan karier seni.

“Siapa kata hubungan kami sudah putus? Kami masih berkawan macam biasa. Cuma buat masa ini, masing-masing fokus pada karier seni dulu,” kata Mira dipetik Harian Metro.

Dalam pada itu, Mira yang diminta mengulas lanjut mengenai hubungan mereka yang akan ke fasa seterusnya berkata, dia tidak akan merahsiakan perkara baik itu daripada peminat.

“Apabila tiba masanya, insya-Allah, saya akan beritahu pada semua nanti,” ujar Mira ringkas.

Sementara itu, ditanya pula mengenai apakah hadiah yang diterima daripada Zizan sempena ulang tahunnya pada 2 April lalu, Mira menjelaskan dia lebih selesa untuk merahsiakan tentang hal itu.

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments