Keranda moden cantik berkilau kini jadi pilihan

35

PLYMOUTH, Britain – Sebuah syarikat di sini mencipta kelainan apabila menghasilkan keranda moden yang berkilau dan mewah menggunakan perhiasan sama pada rekaan kasut ternama, Jimmy Choo.

Diasaskan oleh pasangan suami isteri, Chris dan Down Nicholls, The Glitter Coffin yang dibangunkan tahun lalu menawarkan pelbagai seleksi keranda yang bergemerlapan dengan pilihan warna perak, emas, merah jambu, biru, hitam dan ungu.

“Selepas berbincang dengan pengarah syarikat pengebumian, Wyatt Brother, kami berjaya menyiapkan sebuah keranda jenis baharu. Apabila dibawa keluar dari van, ia sangat mempesonakan terutama apabila terkena sinaran matahari,” kata Chris.

Sejak Januari lalu, syarikat Chris telah menerima tempahan 15 buah keranda daripada pelanggan yang berminat.

Bagaimanapun, Chris kini masih menunggu kelulusan daripada Persatuan Pengeluar Kelengkapan Pengebumian (FFMA) untuk digunakan pada upacara pengebumian atau pembakaran.

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments