Banduan larikan diri dari penjara pada 35 tahun lalu ditangkap semula

830

 

BANDAR OKLAHOMA – Perkhidmatan Marshal Amerika Syarikat (AS) menyatakan seorang lelaki yang melarikan diri daripada sebuah penjara negeri Oklahoma sejak lebih 35 tahun lalu berjaya diberkas semula di Texas.

Agensi itu dalam satu kenyataan menyatakan Stephen Michael Paris, 58, ditahan tanpa sebarang kejadian tidak diingini pada pagi semalam di sebuah pejabat di bandar Houston di mana lelaki itu bekerja dengan menggunakan nama samaran. Pemeriksaan cap jari mengesahkan identiti sebenarnya.

Paris melarikan diri dari Pusat Pemulihan Jess Dunn di Muskogee, Oklahoma pada Oktober 1981 selepas menjalani kira-kira 19 bulan daripada hukuman penjara sembilan tahun bagi kesalahan memiliki dadah dan pengedaran. Dia turut tersenarai dalam senarai individu paling dikehendaki oleh Jabatan Pemulihan Oklahoma.

Agensi itu menyatakan pegawai penyiasat berjaya mengesan pelarian itu selepas meneliti satu iklan obituari ibu Paris dalam sebuah akhbar yang mana menyenaraikan nama seorang anak sebagai Stephen Michael Chavez di Houston.

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments