6 buah stadium gergasi dunia memiliki masjid

682

Stadium bola sepak bukan hanya digunakan sebagai tempat berlatih, berlawan dan arena bagi acara lain tetapi ia boleh digunakan dengan pelbagai fungsi tertentu.

Eropah yang menjadi kiblat bola sepak telah mempamerkan fungsi stadium yang pelbagai guna ditambah pula dengan kelengkapan cukup menjadi tarikan buat penyokong membanjiri medan perlawanan sukan itu.

Walaupun kebanyakan pasukan Eropah berada di negara minoriti Islam, beberapa pengurus kelab membuat keputusan mengejutkan untuk bina masjid di dalam stadium bagi memudahkan pemain dan penyokong Muslim.

Langkah inovasi tersebut dianggap sebagai simbol toleransi agama. Malahan terdapat enam buah stadium di seluruh Eropah yang menyediakan masjid sebagai mana dilaporkan melalui portal online Dream.

 

1. Stadium Allianz Arena

Bayern Munich di Jerman yang merupakan salah satu kelab gergasi Eropah gah dengan stadium Allianz Arena yang mampu muat kapasiti 75,000 orang; antara yang membina sebuah masjid di dalam bangunan itu.

Selain untuk mempermudahkan penyokong kelab tersebut melaksanakan ibadah, tujuan dibangunkan masjid ini adalah untuk menghargai pemain-pemain mereka yang beragama Islam, seperti Frank Ribery.

Dilaporkan, pembangunan masjid itu berpunca daripada permintaan Frank sendiri untuk menyediakan ruang kecil baginya menunaikan solat. Atas keprihatinan pengurus pasukan, masjid telah dibina dalam stadium itu.

Bukan sekadar itu, di kawasan masjid turut disediakan perpustakaan Islam sebagai rujukan pembelajaran dan juga terdapat imam tetap yang bertugas di masjid stadium berkenaan.

 

2. Stadium Etihad

Berita baik buat peminat kelab Manchester City kerana stadium ini memang mempunyai masjid yang agak besar untuk umat Islam di Manchester, England.

Pembinaan masjid besar ini atas sebab kedatangan jutawan Timur Tengah, Sheikh Mansour Zayed Al Nahyan yang membeli kelab itu sekali gus merombak falsafah perniagaan bola sepak dengan mempromosikan unsur keagamaan.

Daripada kelab bola sepak yang jarang didengari pada awalnya telah menlonjak naik mengubah status kelab tersebut yang kini merupakan antara kelab bola sepak terbaik di Liga Perdana Inggeris.

 

3. Stadium Kazan Arena

Stadium Kazan Arena di Rusia merupakan satu-satunya stadium di negara terbesar di dunia itu menyediakan masjid yang dinamakan Masjid Qolsharif.

Stadium yang juga mempunyai skrin luar terbesar ini terletak di bandar Kazan yang merupakan bandar didiami oleh kebanyakan Muslim dan direkodkan sekitar 55 peratus penduduknya beragama Islam.

 

4. Stadium St. James Park

Walaupun nama stadium bermula dengan perkataan “St.” yang melambangkan identiti paderi, namun pihak pengurus kelab Newcastle United tetap ambil kira keperluan umat Islam dengan mendirikan masjid di dalam stadium tersebut.

Pembinaan tempat ibadat itu dianggap sebagai memberi motivasi kepada para pemain yang menunjukkan Islam juga amat mementingkan umatnya beribadah.

 

5. Stadium Ewood Park

Terletak di Blackburn, England, stadium Ewood park yang dimiliki oleh kelab Blackburn Rove ini telah menyediakan masjid di kawasan stadium berkenaan untuk memudahkan penyokongnya yang beragama Islam dan juga pelancong Muslim dari luar negara.

Pengurus kelab Blackburn Rove turut membina gereja di kawasan stadium itu.

 

6. Stadium Macron

Stadium yang dimiliki oleh kelab Bolton Wanderers terletak di kawasan bandar Horwich, England telah menyediakan masjid buat umat Islam di sana.

Dengan seramai 29,000 penyokong yang mampu ditampung, stadium ini telah menyediakan masjid yang dihadiri oleh kebayakan umat Islam yang tinggal di kota Bolton.

Jadi, tidak hairan jika para penyokong di kelab gergasi Eropah sering kali membanjiri stadium. Selain perlawanan yang mengagumkan penyokong, kelengkapan infrastruktur dan keselesaan pengguna yang disediakan menjadi asbab tarikan pengunjung ke stadium.

 

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments