IKEA lancarkan speaker bluetooth dengan rekaan yang sangat minimalis

212

IKEA baru-baru ini telah melancarkan speaker bluetooth pertama mereka. Dinamakan sebagai IKEA ENEBY, speaker ini hadir dengan dua saiz berbeza iaitu 20cm2 dan 30cm2.

Memandangkan produk ini merupakan keluaran IKEA, rekaan yang minimalis antara yang boleh anda jangkakan. Kedua-dua model ini disertakan dengan pemegang dan untuk membolehkan pengguna membawanya dengan mudah.

Melalui model ini, IKEA ENEBY turut disertakan dengan butang untuk pengguna melaraskan suara. Untuk membuatkan model ini lebih sesuai untuk dipadankan bersama warna perabot rumah anda, anda berpeluang mendapatkan panel bahagian hadapan dengan beberapa pilihan warna yang lain.

Setakat ini IKEA ENEBY sedia ditawarkan di laman web IKEA luar negara dengan harga sekitarĀ $55 (~RM212.63). Model ini bakal mula ditawarkan di Malaysia tidak lama lagi. Berdasarkan rekaannya kemungkinan ini kelengkapan yang berbaloi untuk anda dapatkan.

 

 

 

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments