Curi mayat dari kubur sebelum dipotong-potong untuk amalan ilmu ghaib

81

 

MANILA – FILIPINA. Sebuah kumpulan pengamal ilmu hitam dikenali sebagai Haring Bakal (Raja Besi) percaya pemakaian tangkal yang diperbuat daripada cebisan mayat akan menjadikan mereka halimunan.

Menurut orang kuat kumpulan terbabit, Angelito Rambo Oreta, mereka akan mencuri mayat dari tanah perkuburan dan melakukan ritual tertentu ke atas anggota badan mayat yang telah dipotong-potong bagi menghasilkan tangkal untuk diberikan kepada ahli kumpulan itu.

Oreta berkata, untuk kesan lebih mujarab, tangkal tersebut perlu diletakkan di dalam mulut untuk mengelakkan daripada dilihat musuh atau sesiapa yang dikehendaki, malah mereka turut akan menjadi kebal.

Laporan mengatakan walaupun kumpulan Raja Besi dilabelkan sebagai kumpulan ajaran sesat, ia kini mempunyai hampir 100 orang ahli terdiri daripada pelbagai golongan termasuklah anggota polis dan tentera yang mahu melindungi diri.

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments